Happy Birthday

Bismillah...

Assalamualaikum...

Alhamdullillah...hari ni dah 16 Mei 2014. Ini tulisan pertama saya, sempena ulangtahun kelahiran saya yang ke 32. O, agak dah tua juga.. Hari ni, saya nak kongsikan pasal sambutan hari lahir. Ada tak sesiapa yang tak pernah 'miss' sambut hari lahir? Saya ni dari kecil, sebenarnya tak di ajar pun sambut hari lahir. Tapi, saya perasan sendiri jelar, 1 Malaysia sambut hari lahir saya. Kat sekolah pun, sambut besar-besaran. Kenapa? Kerana hari lahir saya sama dengan hari guru, 16 Mei. heheheheh. Tapi, tak pernahla pula dapat hadiah macam yang cikgu-cikgu dapat..

Pertama kali saya sambut hari lahir adalah sewaktu tingkatan 4. Waktu tu, saya sekolah asrama penuh. Bila balik kampung, kawan-kawan sekolah lama ajak keluar makan-makan. Rupanya mereka buat 'suprise', bawa makanan ringan dan kek, berkelah kat taman permainan. Hmmm, saya patut cari balik gambar tu, dan upload. Sangat terharu, sedih, dan gembira, pertama kali hari lahir di sambut oleh kawan-kawan rapat saya. Apa khabar mereka sekarang agaknya? Ada berhubung, tapi jarang berjumpa, masing-masing seudah berkeluarga dan berkerjaya. Raya tahun ni, kene plan betul-betul, buat perjumpaan ni. Kerinduan sudah melanda.

Kali kedua saya sambut hari lahir, tahun 2008. Bukan sambut dalam ertikata yang sebenarnya, ada parti, makan-makan dan kek, tapi saya hanya dapat hadiah dan 1 keping kek yang di beli dari Secret Resepi. Hehehhe, kali ni, ada seorang 'boy' ni, bagi saya hadiah cincin emas, ok... Sebenarnya, dia nak melamar, jadi pilih hari lahir saya dan hadiahkan cincin. "So Sweet".. Sweet sangat sebenarnya bagi seorang yang pemalu macam dia ni. Sekarang, dah jadi suami dan Alhamdulillah, kami baru dikurniakan dua orang hero. Semoga Allah murahkan rezeki kami untuk tambah zuriat.

Sebenarnya, bukanlah tiada kawan-kawan, sedara yang ucapkan selamat hari lahir, ramai kawan-kawan yang masih telefon, sms, whatsapp, dan lagi senang, ucapan melalui facebook. Tapi, saya lagi selesa 'low profile'. heheheeh,konon...

Bak mai nak cite ni.. Balik kerja tadi, dalam keadaan yang kepenatan dan kekecewaan. Penat, biasala, kene harungi jam kat NKVE tu, perjalanan yang hanya memakan masa 45minit, tapi sampai 1 jam 30 minit setiap hari. Kecewa, sebab hari ni, hari Jumaat, sepatutnya boleh balik pukul 5petang, tapi saya terpaksa balik pukul 6.15 macam biasa. huhuhuh. Eh, balik pada cerita asal.

Balik dari kerja tadi, saya di sambut oleh suami dan anak-anak, dengan 1 biji kek tertulis "Happy Birthday Mama" dan lagu "Happy Birthday To Mama". Okey, hilang semua penat lelah hari ni. Tak sangka pula suami dan buat kejutan hari ni. Patutla langsung tiada ucapan hari ni. Setelah 4 tahun berkahwin, ini kali pertama suami belikan kek birthday. Tak mengapa, saya pun tak mengharap apa-apa. Tapi, kebiasaannya, dia akan bagi hadiah la, telefon, baju, macam-macam la. Yang paling menarik pasal kek kali ni ialah, kek ni dah tersenget dan rosak sikit. hehhee. Gara-gara nak buat kejutan, dia belikan kek selepas pulang kerja, dengan menaiki motorsikal. Kereta kan saya yang bawa ke kerja. Sebelum potong kek, ada la pula permintaan anak sulong untuk menyanyikan lagu Birthday sekali lagi..Meh dengar apa yang Abam nyanyi kan ni.




  Abam jeles lagu pertama abah nyanyikan untuk mama je. Die nyanyikan balik, untuk diri sendiri
dan siap tambah nama abah lagi. Good Boy..