Aktiviti hujung minggu waktu bujang dan selepas berkeluarga

Assalamualaikum...

Kebiasaan di hujung minggu, atau hari cuti, apa aktiviti yang anda semua buat? Dulu, sebelum kahwin, saya agak aktif juga.. Panjat gunung, berkhemah kat atas gunung, berkhemah kat air terjun merupakan aktiviti yang saya sangat suka buat. Kalau ada program larian amal, larian untuk sukan sea ke, program berjalan untuk jantung ataupun larian untuk kanser pun saya ada join juga. Kebiasaannya, aktiviti ini, tidak memerlukan perbelanjaan yang besar pun, hanya keluar belanja untuk makanan dan perjalanan ke kawasan perkhemahan, biasanya sekitar Kuala Lumpur, Selangor atau Negeri Semblan je. Untuk larian marathon tu pula, saya biasanya memilih yang percuma atau yang mengenakan bayaran yang rendah sahaja, RM10 atau RM 20 sahaja.

Oh, saya juga pernah panjat Gunung Kinabalu dan pernah juga bercuti dengan kawan-kawan kat Pulau Tioman dan Pulau Redang. Tapi aktiviti ni memerlukan pengeluaran perbelanjaan yang boleh dikatakan agak tinggi la, terutama untuk aktiviti memanjat Gunung Kinabalu tu, yela, tiket penerbangan pergi balik, sewa tempat tinggal seminggu di Kinabalu dan juga kos perbelanjaan untuk memasuki Taman Kinabalu dan malim gunug. Tapi, pengalaman yang diperolehi, tinggi nilainya.. Sewaktu ke bercuti

Waaaaaa ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­ semua gambar-gambar kenangan ini semua dah tak ada, laptop lama dah rosak, hardisknya pula tak dapat diselamatkan. Hanya memori di ingatan sahaja yang masih kekal utuh. Ini antara gambar sewaktu larian free dan larian budget murah :) . Sekarang, semakin banyak larian dianjurkan oleh pelbagai pihak, termasuk larian pada waktu malam. Kebanyakannya mengenakan sedikit bayaran untuk pihak penganjur dapat menyediakan baju dan hadiah kepada pemenang. Boleh cari je kat facebook atau ejen carian di internet. Ini antaranya runmalaysia, justrunlah, deorunner. Kalau ada yang berminat, bolehlah dapatkan info dari sana ya..




Yang ni pula gambar saya baru sampai ke tapak perkhemahan di Ulu Kemensah. Gambar-gambar perkhemahan, aktiviti yang kami ikut serta, menumpang aktiviti sekolah yang juga kebetulan berkhemah di sini aktu itu, tak dapat di selamatkan. Antara aktiviti yang sempat kami ikut ialah, 'Nite Walk' dan aktiviti ketahanan badan dalam air pada jam 2pagi. Rezeki kami diterima menyertai aktiviti sekolah berkenaan ketika itu.


Semenjak dah kahwin dan menjadi ibu, semua aktiviti ni terpaksalah saya tinggalkan. Aktiviti yang biasa dilakukan ialah bawa anak-anak bermain di padang atau taman permainan. Adalah juga bercuti bersama keluarga ke Pulau Langkawi dan Pulau Perhentian, Cameran Highland. Ini salah satu gambar sewaktu bawa anak-anak bermain bola di padang Setia City Park, Setia Alam.


Sewaktu beriadah, bagaimana anda menyimpan barangan peribadi anda seperti telefon, beg duit dan kunci kereta? Saya ada jalan penyelesaian yang mudah dan murah untuk ini. Boleh tengok di sini.

Penyimpanan barangan peribadi sewaktu beriadah dan bercuti

Bagaimana anda menyimpan barangan peribadi anda sewaktu beriadah, bercuti, berkhemah atau sewaktu keluar dengan keluarga? Adakah caranya selamat,senang dan memudahkan anda, atau sangat leceh?

Sewaktu mengikuti acara pertandingan seperti larian marathon, meminimakan barangan di tangan dan mengosongkan poket atau beg, sangat perlu supaya memudahkan lagi untuk kita berlari dan tidak membebankan diri sendiri. Tapi, di mana harus kita menyimpan barang-barang penting seperti kunci kereta, telefon dan sedikit duit untuk kegunaan kecemasan?

Sewaktu saya mengikuti aktiviti memanjat Gunung Kinabalu, kami di nasihatkan agar membawa hanya benda penting sahaja seperti air, sedikit makanan dan telefon dan mestilah mudah dibawa tanpa di pegang. Semuanya sumbat jela dalam beg galas asalkan tak berat sangat. Tapi hari ni, saya nak tunjuk satu alat yang best, kecil dan selesa untuk digunakan untuk bawa barang-barang penting ni, "Go Belt". Rupa bentuk seperti tali pinggang, bersaiz 24-50 inci yang merupakan kain dari jenis 'stretchable' yang boleh memuatkan telefon, botol air, kunci kereta dan duit. Jadi, tak perlu lagi menggalas beg di belakang ataupun memegangnya di tangan. Kita akan lebih selesa dan mudah bergerak untuk melalukan aktiviti lasak seperti memanjat gunung, berlari, menunggang basikal mahupun beriadah bersama anak-anak. Kalau nak menggembara ataupun berjalan jauh juga sesuai.








Bagaimana mahu mendapatkan 'Go Belt' ni? Boleh beli dengan saya dengan harga yang sangat berbaloi-baloi, Hanya RM25 sahaja ( tambah kos pos RM8 SM / RM12 SS). Berbaloi, bukan? Jika berminat, boleh WA saya 0183709137