Assalamualaikum...
Dah hampir seminggu Piala Dunia berlangsung, saya baru nak 'update' Jadual Perlawanan. Hehehe. Sebenarnya, sengaja tak nak update, sebab dengan harapan suami lupa jadual, seterusnya, lupa untuk bangun pagi semata-mata nak tonton bola. Tapi, kuasa 'mind set' mengatasi segalanya. Walaupun malam tadi tiada perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh RTM (rumah kami tiada ASTRO), suami tetap bangun dan buka tv. Bila dah pasti tiada siaran secara langsung, sambung tidor balik. Okeyla, jom kita tengok jadual perlawanan yang telah disediakan. Apakah pasukan pilihan anda?
Okey, terus terang, saya ni tidak arif dalam bola sepak Piala Dunia. Kebiasaannya, saya "terpaksa'' menonton perlawanan bola sepak kerana lelaki-lelaki di samping saya bersemangat menontonnya. Dan saya hanya menjadi penyokong pasukan lawan agar menaikkan lagi semangat perlawanan sahaja. Heeee. Dulu, zaman bujang-bujang, mesti gaduh dengan arwah abah, sebab saya akan sokong pasukan lawan. Walaupun tak tahu apa-apa peraturan dan cara main, tapi jeritan saya ni mengalahkan peminat tegar bola sepak. Kini, selepas kahwin, saya ajak anak-anak untuk sokong pasukan lawan suami pula. Anak-anak yang hanya ingin menjerit kemenangan, menari berpusing-pusing, turut merancakkan suasana. Sebab tu, saya sangat suka tengok siaran ulangan, sebab sudah tahu siapa yang menang, dan dapat lah buat aksi melompat, menari, menjerit kemenangan bersama anak-anak.. Heee
Dari hari pertama Piala Dunia 2014, saya tengok suami memang akan bangun, dan sangat bersemangat menonton perlawanan. Tetapi, belum lagi sampai separuh masa pertama, mata dah kuyu, malah kadang kala, dah berdengkur pun. Ada tak yangmengalami masalah ini juga? Nak tergelak, kesian, semua ada.
Semalam, 'game' yang boleh dikatakan di tunggu-tunggu, German lawan Portugal. Kalau nak di ikutkan, game bermua jam 12 malam waktu Malaysia, sepatutnya tiada masalah bagi suami, sebab suami biasa tidor lambat. Tapi, belum pukul 1, dia dah berdengkur. Hmmmm, apabila bermula separuh masa kedua, saya kejutkan suami, bagi suami minum air yang saya bancuh dan saya sambung tidor. Tak sabar nak tengok reaksi suami esok.
Okey, bangun Subuh paginya, saya agak terkejut, kerana suami sudah bangun. Hmmm, Tak tidor dari malam tadi atau bangun awal? Rupanya dia baru bangun, sudah mandi, dan bersedia menanti azan subuh. Okey, sangat konfius di situ..
Kat pejabat, saya dapat mesej dari suami mengatakan da terasa sangat cergas dan tidak mengantuk. Suami sangat berterima kasih sebab bancuhkan air special untuknya malam tadi. (sorry, tak boleh upload mesej suami, malu...)
Nak tahu air apa yang saya bancuhkan untuk suami sehingga dia boleh berjaga malam dan masih cergas, bertenaga keesokkannya? Jom klik link ni...
Daaaaa....
No comments:
Post a Comment