Perancis Belasah Switzerland 5-2

Assalamualaikum...

Sudah pukul 5 pagi, Sabtu, 21 June 2014.. Ruang tamu rumah pun dah senyap, saya boleh berkarya, selepas hilang suara menjerit menyaksikan perlawanan bola Piala Dunia antara Perancis dan Switzerland sebentar tadi yang berakhir dengan kemenangan besar Perancis 5 berbalas 2 dan melayakkan Perancis ke pusingan seterusnya.

Boleh jadi pengulas sukan tak saya ni? Saya terpaksa berjaga dan menonton bola pagi ini, gara-gara anak soleh saya, Raiq Iskandar. Mahukan tidak, dari pukul 2 pagi dia berjaga, asyik keluar masuk bilik. Baru je nak terlelap, dia akan bangun balik, pergi tengok tv dengan abahnya yang setia menanti Piala Dunia. Apatah lagi, 'game' malam ni agak menyeronokkan apabila seawal minit ke 18, sudah 2 gol berjaya diperolehi Perancis. Walaupun keseorangan, tanpa di temani abang, anak soleh ini, masih mampu bersorak dan menari meraikan gol, tapi hanya di sofa, agaknya sudah penat dan mengantuk.


Tamat separuh masa pertama, saya ke dapur, memasak bihun goreng untuk penyokong kuat Perancis ni. Semangat tak, pukul 3 pagi, masuk dapur dan masak? huhuhu, kesian penyokong sudah kebuluran.. Tapi, penyokong cilik tidak dapat merasa bihun goreng special 3pagi sebab sudah tertidur menunggu perlawanan bersambung separuh masa kedua. Ala.. tak pa, mama simpan tuk adik breakfast la yer, bagi abah makan dulu, bagi tenaga nak bersorak lagi nanti. Tidak dilupakan, segelas Performance Drink Shaklee untuk abah.

Bagi saya, perlawanan antara Perancis dan Switzerland ini agak menarik untuk ditonton apatah lagi, pada separuh masa kedua, Switzerland bangkit mengejar Perancis dan berhasil mendapatkan 2 gol. Namun, Perancis juga tetap bekerja keras bagi memastikan layak ke pusingan seterusnya sehingga mampu mengalahkan Switzerland dengan 5 berbalas 2. Cukupla tu, ulasan dari mama yang terpaksa menonton bola demi menemankan anak kecil dan 'baby beso'. Mama nak sambung buat kerja mama pula. Gambr ni merupakan jaringan ke-5 dari Perancis.



No comments:

Post a Comment