Superbike World Championship

Assalamualaikum...

Sekadar berkongsi cerita, pada hari Ahad lepas, saya dapat 2 tiket percuma untuk menyaksikan perlumbaan motor di Sepang (Superbike World Championship). Sebenarnya nak sebut pun tak pandai... Dah dapat tiket percuma, mestilah sangat gembira,kn? Rugi lah kalau tak ambil,kan? Sebenarnya, dari zaman belajar lagi, saya teringin untuk melihat lumba kereta atau motor kat Sepang. Rakan sebilik saya sewaktu belajar dulu, kerap ke Sepang untuk menyaksikan perlumbaan. Okey, sekarang dah tercapai, siap bawa anak-anak lagi tau. Konon, alasan nak pergi sebab nak bawa anak je pergi tengok. hehehhe.

Tiket yang saya dapat ialah tiket Grandstand. Sebelum pergi, tak tahu pun apa itu Grandstand. Yang saya tahu, setiap tiket boleh digunakan dua hari, Sabtu dan Ahad. Tapi, kami bukanlah peminat tegar, di tambah pula bawa anak kecil, risau juga, kan? Jadi, saya terlebih dahulu periksa jadual perlumbaan menerusi internet. Okey, Hari sabtu, hanya ada beberapa perlumbaan, iaitu pukul 9 pagi (boleh bangun ke?), 1.30 tengah hari (erk, tak panas ke?) dan pukul 5 petang. Slot yang lain hanya perlumbaan untuk menentukan petak kedudukan dan catitan masa. Manakala jadua hari Ahad pula, perlumbaan bermula jam 10 pagii sehingga ke petang, termasuk upacara penyampaian hadiah lagi. Okey, kami memutuskan hanya akan pergi hari Ahad saja. Nak tengk lumba motor je kan?

Seawal pagi lagi, saya sudah bersiap dan menyiapkan anak-anak. Kan saya yang memang nak pergi sangat. Kami terlebih dahulu bergerak ke Bangi, rumah makcik saya. Oh, suami makcik lah yang mendapatkan tiket 'free' ni. Kami ke Sepang seramai 12orang. Agak ramai, kan? Nasib baik pakcik dapat tiket VVIP, jadi parking adalah percuma. Kalau tak silap saya, kadar parking adalah RM40, tapi tak pasti pula samaada kira jam atau 'per entry'. Oh, pakcik dan keluarga memang dapat tiket VVIP, tempat berhawa dingin, siap ada bufet makanan serta dapat turun ke kawasan perlumbaan untuk bergambar dan dapat berjuma dengan pelumba-pelumba lagi. Agak jeles di situ, tapi, dah dapat tiket percuma yang murah ni pun dah syukur (murah? memang tak pergilah kalau guna duit sendiri).

Dari tempat parking kereta ke kawasan penonton, kami melalui gerai2 yang mempamerkan dan menjual motor-motor dan eksesorinya seperti helmet, sarung tangan, jaket, dan t-shirt. Okey, sangat teruja di sini. Nasib baik la saya sudah 5 tahun meninggalkan dunia merempit. Kalau tak, mahu saya sambar jaket dan helmet. Kami sempat bergambar dengan motor-motor berkuasa tinggi yang di pamerkan. Juga terdapat motor yang digunakan untuk perlumbaan di litar. Motor ni tidak boleh naik sebenarnya, tapi, kami tak tahu, jadi, anak-anak saya bertuah, dapat naik motor yang digunakan untuk perlumbaan. Tapi, korang jangalah jadi pelumba motor pulak nanti, tak tenteram hati mak ni. Nampak tak muka excited dua orang ni?


Kami agak bernasib baik kerana walaupun cuaca agak panas pada hari itu, tetapi di tempat duduk penonton, suasana agak berangin, dan tidak mendapat panahan terik mentari secara terus. Jadi, anak- agak selesa dan sempat bermain di belakang sementara menantikan perlumbaan. Sewaktu perlumbaan, anak yang kedua, sangat suka dan tak lepas-lepas dari tngok motor, manakala anak yang sulung pula kurang gemar dan hanya bermain handphone. Bising katanya. Sebelum perlumbaan, kami cuba mencari 'earplug' di gerai-gerai, tapi, sudah kehabisan. Ya, agak bisng dan bingit sebenarnya bunyi enjin motor tersebut dan tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Okey, sudah tercapai hajat saya ingin menyaksikan perlumbaan di litar, walau saya tidak arif, atau lebih tepat, tidak tahu pun, siapa yang mengambil bahagian, bagaimana kiraan mata, dan siapa yang menang. heheheh. Tapi, terdapat dua, tiga motor yang melalui litar kembali selepas tamat setiap perlumbaan, dan mereka sempat melambai tangan ke arah penonton, di balas sorakan dan lambaian dari penonton. Saya kira, itulah pemenang perlumbaannya.

Yang paling seronok bagi saya adalah dapat menyaksikan lebih dari 300 biji motor berkuasa tinggi Kawasaki berarak memasuki litar selepas perlumbaan. Kebiasaannya, hanya dapat menyaksikan suasana ini di televisyen, sekarang, secara langsung di depan mata saya. Harapan saya agar dapat tiket free untuk tengk perlumbaan kereta pula. Heeee



No comments:

Post a Comment